AGAK lama tidak muncul dalam mana-mana drama terbitan produksi di Malaysia, pelakon asal Singapura Erwin Dawson kini dalam tempoh berehat daripada dunia lakonan.
Kata Erwin atau Mohamed Erwin Shah Evan Dawson, 39, walaupun rindu untuk kembali ke set penggambaran namun dia terpaksa melupakan kariernya itu buat seketika.
Selain masih aktif berlakon di Singapura, Erwin juga mahu memberi fokus kepada perniagaan miliknya.
Erwin juga mahu fokus kepada perniagaan miliknya.