FILEM Abang Adik dipilih mewakili Malaysia di Anugerah Oscar ke-97 yang bakal berlangsung pada Mac tahun depan.
Karya arahan Jing Ong ini bakal bersaing bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkata, pemilihan tersebut dibuat berdasarkan beberapa siri penilaian dibuat Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF).
Filem ini telah banyak mencipta kejayaan luar negara.