MEMASANG impian bergelar penyanyi, personaliti media sosial Marayam You Narae menyertai kelas vokal bagi mengasah bakat dalam bidang nyanyian.
Maryam, 32, berkata, dia sudah mula mengambil kelas bersama guru vokal terkenal Cikgu Shafi bagi memastikan dia benar-benar bersedia dan bukan sekadar berlandaskan keyakinan mempunyai suara yang sedap.
“Sejak lima bulan lalu saya belajar vokal dengan Cikgu Shafi.