SUSULAN perniagaan Tiara Botol Candy mendapat permintaan luar biasa setiap kali jualan dibuka, pelawak Achey mengambil keputusan mengupah beberapa orang pekerja sambilan bagi membantu melakukan kerja pembungkusan.
Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, berkata, dia dan isteri tidak lagi mampu memenuhi permintaan yang ada sebaliknya merancang menyediakan stok terlebih dahulu sebelum membuka jualan di TikTok.
“Apabila permintaan terlalu tinggi, saya tidak boleh membuka jualan dulu baru nak buat bungkusan. Kami jadi penat kerana setiap hari tempahan akan bertambah.