SELEPAS 15 tahun menghilangkan diri, penyanyi Waheeda mengumumkan bakal membuat kemunculan semula dalam industri muzik tempatan.
Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 45, berkata, dia bukan sahaja bakal tampil dengan lagu terbaharu tapi sedang merangka beberapa projek memperlihatkan dia sebagai komposer, pemuzik dan pencerita.
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Wassini mendedahkan sepanjang tempoh ‘berehat’ dia banyak menghabiskan masa dengan belajar pelbagai alatan muzik seperti biola selain memantapkan kemahiran bermain piano.