BAGAI sirih pulang ke gagang… Begitulah dapat digambarkan tentang penyanyi Yuna yang mahu perlahan-lahan kembali menetap di Malaysia.
Selepas 14 tahun menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat, Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai merasakan kualiti hidup di negara sendiri lebih baik selain merindui pelbagai perkara tentang Malaysia.
Sebagai langkah pertama kata penyanyi lagu Crush ini, dia akan bercuti di Kuala Lumpur sehingga Oktober depan.
Yuna rindu dengan kehidupan di Malaysia.