PERAK FC perlu melakukan perubahan besar-besaran dari segi kewangan untuk memastikan mereka boleh bersaing dalam Liga Super musim hadapan.
Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, maksimum gaji sebanyak RM20,000 saja boleh ditawarkan kelab itu kerana jika lebih daripada itu, ia diluar kemampuan.
“Untuk gaji, kita mesti tetapkan kepada RM20,000 atau ke bawah. Tidak semestinya kena bawa nama besar, tapi dalam masa yang sama, angka itu jangan terlalu rendah untuk buatkan pemain tak berminat untuk beraksi untuk Perak.
“Semua pihak perlu duduk bersama dan sepakat kepada struktur gaji yang realistik supaya kita tidak mengalami masalah serupa lagi,” katanya. — The Star/ADAM ZAMRI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
MENYUSUL…