Dengar Suria

Hiburan

Bukan watak hero sahaja, Adam Lee terbuka tawaran ‘second lead’… Mahu tunjuk kemampuan sebagai aktor serba boleh

SERING menerima tawaran membawa watak hero, pelakon Adam Lee berkata dia juga terbuka sekiranya diberikan peluang memegang peranan utama kedua dalam sesebuah naskhah drama atau filem.

Selain soal bayaran, Adam atau Muhamad Arif Adam Mohamad Fadlee, 31, berkata dia bersedia menerima apa jua tawaran watak kerana mahu memaparkan dirinya sebagai seorang aktor serba boleh.

“Saya faham memang ada segelintir pelakon bila sudah menjadi hero (watak utama), mereka mahu kekalkan status ‘hero’ itu.

Adam tidak kisah sekiranya ditawarkan watak utama kedua dalam drama.

Adam tidak kisah sekiranya ditawarkan watak utama kedua dalam drama.

“Tapi untuk saya kalau boleh mahukan versatile. Selain itu faktor pembayaran juga. Kita bekerja sebab apa? Sebab duitlah,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Adam memberitahu tidak timbul isu menurunkan ego sekiranya dia menerima watak utama kedua kerana apa lebih penting adalah tawaran diterima itu adalah daripada naskhah yang baik.

Malah, dia mahu keluar daripada zon selesa dan cuba untuk melakonkan karakter yang tidak pernah dibawa sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas kejayaan ‘Bidaah’, ‘Pabila Dia Tersenyum’ pula dijangka cetus fenomena

ARTIKEL BERKAITAN:Adam Lee dan Sweet Qismina dah banyak belanja ‘renovate’ rumah, kena jimat raya

“Ia bukan soal ego, saya lihat pada naskhah. Kalau naskhah itu menarik, saya baca skrip, buat homework dan study dengan watak berkenaan, kalau saya tidak pernah melakonkan karakter itu memang saya akan terima.

“Selalu saya berlakon drama cinta, bergaduh dan berbaik dengan heroin. Jalan cerita seperti itu okay sahaja cuma saya mahu keluar daripada zon selesa,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Adam membawakan watak Daniel menerusi drama Pabila Dia Tersenyum yang kini sedang disiarkan di platform penstriman Viu.

Menurut Adam, dia membawakan watak antagonis dalam drama berkenaan dan ia merupakan kali pertama lakonannya di platform perkhidmatan media Over The Top (OTT).

“Saya menerima watak ini untuk keluar daripada kebiasaan menjadi ‘hero-hero gadis’, saya mahu pelbagaikan watak saya.

Barisan pelakon drama Pabila Dia Tersenyum (dari kiri: Amir, Alya dan Adam).

Barisan pelakon drama Pabila Dia Tersenyum (dari kiri: Amir, Alya dan Adam).

“Lagi pula ini pertama kali saya menerima tawaran berlakon drama OTT. Jadi saya mahu cuba kelainan dengan melibatkan diri dalam drama ini,” katanya.

Selain Adam, Pabila Dia Tersenyum turut dibintangi barisan pelakon termasuk Amir Ahnaf, Alya Iman, Marissa Yasmin, Iqram Dinzly, Zarynn Min, Nazrief Nazri dan Rusdi Ramli.

Drama tersebut mempunyai 15 episod dan mula disiarkan di Viu pada 24 April lalu pada setiap Khamis hingga Sabtu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

0%