MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, dipilih sebulat suara sebagai presiden baru Persatuan Badminton (BAM) dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-80 badan induk itu pada Sabtu.
Pemilihan Tengku Zafrul yang juga seorang senator itu disahkan menerusi hantaran yang dibuat di akaun Facebook rasmi BAM.
“Tahniah diucapkan kepada Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz atas pemilihan sebulat suara sebagai Presiden BAM bagi penggal 2025–2029,” tulis kenyataan itu.
BACA LAGI: Bil ‘modify’ pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal
Untuk rekod, Tengku Zafrul pernah menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 2020 hingga 2022 selain pernah mengemudi deretan syarikat gergasi korporat tanah air.
Jawatan presiden BAM kosong selepas penyandang terdahulu, Tan Sri Norza Zakaria, melepaskan jawatan itu pada Ogos tahun lalu.
Dalam pada itu, memetik laporan Scoop di laman X, Tengku Zafrul berkata, beliau memerlukan masa selama 100 hari untuk bertemu semua pihak berkepentingan.
“Beri saya 100 hari untuk bertemu dengan semua pihak berkepentingan… pemain, jurulatih, BA (persatuan badminton) negeri dan penaja.
“Biar saya mendengar dan memahami pandangan dan pendapat dan juga isu. Ini akan menjadi kunci kepada saya untuk merangka pelan dan strategi serta visi yang komprehensif,” katanya seperti dilaporkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram