SELEPAS kejayaan lagu Nurcinta, penyanyi Amir Masdi rupanya sedang sibuk menyiapkan album kedua yang menjadi kesinambungan karya pertamanya iaitu AM:PM (Side PM).
Amir atau Amir Syazwan Masdi, 28, berkata tidak mudah menghasilkan karya-karya malar segar dan sekali gus berjaya menambat hati pendengar.
Malah sebagai orang seni, dia kadang kala berdepan situasi sukar untuk berkreativiti atau creative block dalam menghasilkan lagu.
Amir tanganicreative block dengan baik.
“Saya pernah juga mengalami creative block dalam menghasilkan lagu, tapi ia tidaklah terlalu lama.
“Bagi saya bila berdepan masalah ini saya perlu berehat seketika dan segarkan diri supaya idea yang datang itu tidak tepu dan berbeza,” katanya kepada mStar.
Menurut Amir, dia memilih untuk bermain permainan video game mahupun terlibat dalam aktiviti bersukan untuk mengelakkan daripada berdepan masalah itu.
“Saya selalunya akan ada menyeronokkan, macam bermain game atau sukan bola sepak. Ia memang membantu saya tenangkan fikiran.
ARTIKEL BERKAITAN:Amir Masdi belum sedia bercinta, bukan masa sesuai untuk ada kekasih
ARTIKEL BERKAITAN:Amir Masdi datang sekolah buat kejutan, terharu pelajar nyanyi lagu ‘Nurcinta’… Puji usaha guru beri pendedahan muzik
“Insya-Allah album ini nanti akan keluar pada hujungtahun ini,” jelasnya.
Tambah Amir, dia juga pernah beberapa kali berdepan dengan hilang arah dalam menghasilkan karyanya sebelum ini.
“Sebab nak cari arah album itu saya perlukan otak yang betul-betul memerah idea menarik,” luahnya.
Menurut Amir, dia sebelum ini terpaksa terbang ke Manchester United demi menghasilkan karya sebagus Nurcinta yang sekali gus berjaya menambat hati ramai.
Amir tekad hasilkan karya terbaik.
Walaupun perlu berusaha keras, dia bagaimanapun tidak pernah terfikir menggunakan gimik atau kontroversi agar karyanya dikenali.
“Bukan mudah untuk lagu dikenali, mungkin orang nampak saya keluar lagu terus menjadi tapi banyak proses saya lalui.
“Ia bukan sesuatu yang senang, saya berkerja keras setiap hari. Demi Nurcinta juga saya terbang ke Manchester United dengan duit saya yang saya kumpul selama ini,” kongsinya.
Sebelum ini, Amir pernah menghasilkan album Amir Masdi pada tahun 2023, manakala album AM:PM (Side AM) pada 2024.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!