BARU lima bulan sah bercerai, pelakon Andrew Andika dipercayai sudah menemui pengganti.
Memetik laporan Suara.Com, khabar itu dikongsikan oleh bekas isterinya, Tengku Dewi yang meluahkan rasa kecewa terhadap Andrew.
Dewi bagaimanapun menyangkal dirinya kecewa kerana cemburu melihat kebahagian bekas suaminya.
Andrew bersama kekasih baharunya.
Sebaliknya memberitahu bekas suaminya itu terburu-buru memperkenalkan anak mereka iaitu Eshan dengan kekasih baharunya.
“Saya bukan cemburu tetapi lebih berkaitan dengan anak. Bila libatkan anak ini tidak boleh hanya sebelah pihak saja, perlu dapat persetujuan bersama.
“Saya sudah ingatkan Andrew untuk tidak memperkenalkan kekasih baharunya kepada anak kami,” katanya.
Namun permintaan itu tidak diendahkan Andrew sebaliknya membawa anak mereka ke Bali untuk memperkenalkan dengan kekasih baharunya.
ARTIKEL BERKAITAN:Kes cerai belum selesai, Andrew Andika ditahan polis akibat salah guna dadah
ARTIKEL BERKAITAN:Pengakuan tiduri 20 wanita hanya gurauan, Jefri Nichol mengaku masih teruna
Jelasnya, dia bimbang anaknya yang berusia empat tahun itu terkena tempias dengan penceraian ibu bapanya.
“Saya tiada masalah dia cepat move on, sebelum bercerai pun dia sudah curang banyak kali.
“Anak saya masih kecil, saya bimbang dengan mental dan emosinya,” ujarnya.
Untuk rekod, Andrew dan Dewi mendirikan rumah tangga pada 2017 dan bercerai pada Disember 2024 lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!