SELEPAS 22 tahun, sudah sampai masa penerbit Datuk A. Aida mengundurkan diri daripada menguruskan syarikat produksinya iaitu A. Aida Production.
Ingin memberi fokus kepada bidang berbeza, kata A. Aida atau Zaidah Awang, 55, perniagaan tersebut bakal diambil alih oleh anak keduanya iaitu Wan Azevanatassha.
Katanya, Azeva kini dalam tempoh mempelajari selok-belok menguruskan syarikat sebelum tanggungjawab itu diserahkan sepenuhnya.
A. Aida yakin Azeva ada potensi urus syarikat.
“Sekarang ini saya akan bawa dia ke mana-mana supaya dia faham tentang perniagaan ini. Biar dia biasakan diri sebelum uruskan syarikat.
“Semuanya sudah dirancang dan saya juga dah siapkan dokumen bersama peguam. Mungkin hujung tahun ini akan serahkan syarikat kepada anak.
“Usia saya pun sudah masuk 55 tahun, saya mahu berehat selepas ini. Saya juga boleh fokus ke arah bidang hartanah,” katanya kepada mStar.
ARTIKEL BERKAITAN:A. Aida sedang kenal hati budi ahli politik, tertarik dengan wajah dan kematangannya
ARTIKEL BERKAITAN:Anak A. Aida tak akan dapat satu sen pun kalau kahwin senyap-senyap, buang nama sebagai penerima wasiat
Tambah A. Aida dia juga sudah mempersiapkan anaknya itu dengan ilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan perniagaan.
Yakin dan memberi kepercayaan sepenuhnya, dia juga tidak melihat usia muda sebagai satu penghalang buat Azeva menjadi pemimpin syarikat.
“Dia pun sudah tahu syarikat ini akan diserahkan kepadanya. Anak sulung ke arah bidang lain, manakala yang bongsu saya mahu dia jadi peguam. Jadi Azeva memang layak.
Usia saya pun sudah masuk 55 tahun, saya mahu berehat selepas ini
DATUK A. AIDA
PENERBIT
“Sebab itu saya hantar dia belajar perakaunan di Australia untuk menguruskan syarikat, aspek paling penting adalah tahu tentang kewangan.
“Dia juga sebenarnya ada bakat dalam dunia seni, cuma tidak mahu menonjol,” ujarnya.
Dalam masa sama, A. Aida akan terus bertindak sebagai pemerhati sekali gus memberi sokongan buat anaknya itu.
Azeva kini dalam proses pelajari selok-belok syarikat milik ibunya.
Biarpun beralih bidang, tidak bermakna dia akan terus meninggalkan industri hiburan di masa akan datang.
“Nama A. Aida Production itu akan kekal sampai bila-bila. Selepas ini saya hanya akan jadi pemerhati sahaja.
“Bukanlah bermakna saya akan bawa diri dan lari dalam dunia hiburan, cuma mahu beri fokus ke bidang lain,” jelasnya.
Selain Azeva, A. Aida mempunya seorang lagi anak hasil perkahwinan dengan penyanyi Ameng iaitu Wan Az Aleesa.
Dia juga memiliki seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rahul hasil perkahwinan bersama Suffian Sulaiman.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!