SEKOLAH menengah di Kenya, Litein Boys’ High School terpaksa ditutup selepas beberapa pelajarnya bertindak merosakkan harta sekolah dan membakar sebahagian bangunan pada Ahad.
Kekecohan bermula apabila pihak pentadbiran enggan membenarkan pelajar menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Manchester City, yang dinantikan ramai.
Menurut sumber sekolah, pelajar meminta untuk menonton perlawanan selama 90 minit seperti rutin hiburan hujung minggu.





