SATU kemalangan dilaporkan berlaku di Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Tapah, Perak membabitkan penunggang motosikal pada Sabtu yang ditularkan keluarga mangsa baru-baru ini.
Insiden tersebut dikongsikan kakaknya, Nisa Znl di laman Facebook yang meminta agar orang ramai mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kemalangan itu agar tampil membantu siasatan.
“Dukacita dimaklumkan adik kami, Aliff Haikal Zainol kemalangan parah di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Tapah Kilometer (KM) 315.3 arah Utara pada 20 September (Sabtu) sekitar pukul 10.20 pagi.








