SKUAD Harimau Malaya dilaporkan terpaksa melepaskan peluang keemasan untuk menguji kehebatan mereka dalam saingan Piala Negara-Negara Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) 2025 apabila difahamkan akan menarik diri dari kejohanan berkenaan.
Perkembangan berkenaan dilaporkan oleh pemerhati bola sepak tanah air, Zulhelmi Zainal Azam yang berkongsi bahawa Harimau Malaya berkemungkinan bakal menarik diri daripada saingan di rantau Asia Tengah itu.
Difahamkan, keputusan itu terpaksa dibuat selepas beberapa pemain utama tidak dapat dilepaskan oleh kelab masing-masing terutamanya bintang warisan yang beraksi di luar negara seperti di Sepanyol, Colombia dan Argentina susulan ia berada di luar kalendar FIFA.





