JAGUH ekuestrian negara, Mohd Qabil Ambak Mahamd Fathil memberi bayangan bakal mengucapkan selamat tinggal kepada sukan itu selepas berjaya melunaskan impiannya merangkul pingat emas dressage individu di Sukan Asia Hangzhou 2022.
Atlet berusia 43 tahun itu mengakui telah ‘penat’ mengerah keringat demi negara buat sekian lama selain mengambil kira faktor usia yang semakin meningkat dan mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.
“Saya rasa dah lama dalam sukan ini, sudah 28 tahun dan terasa penat tetapi Alhamdulilah setiap kali bertanding saya tidak pulang dengan tangan kosong.





